::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

22 January 2016

E-novel: Bidadari RP #2

Bidadari Random Pick Number 2

Jam menunjukkan angka sebelas setengah malam sewaktu Khairul dengan Nik tiba. Pada waktu itu, aku dengan Aiman sibuk berbual di taman yang hanya disinari lampu jalan. Cari privacy nak bercinta berdualah kononnya. Selepas bersalam, kami kembali duduk di taman sehinggalah Aiman memberi isyarat ke arah Nisa yang sedang berjalan ke arah kami.

“Kak ngah, along minta tolong kak ngah pindahkan barang ke bilik belakang.”

Nisa bersuara dengan muka tegang. Kening aku terangkat sebelah. Pandangan aku alihkan ke arah Aiman. ‘Kenapa pula ni?’ tanyaku dengan isyarat mata. Dan Aiman mengangkat bahu.

“Kenapa Nisa?”


Nisa menarik muka. Masam dan nampak marah benar. “Kak Nik itulah! Macam tak boleh nak tidur bilik belakang tu. Nak juga bilik yang dia guna masa kenduri hari tu. Rumah kecil, kena belajar biasakanlah!” bebelnya geram.
 
Aku diam, tak tahu hendak membalas apa. Kemudian aku kembali berpandangan dengan Aiman. Dia sekadar tersenyum dan menggeleng dua tiga kali. Tak memberikan apa-apa komen. Bilik belakang yang dimaksudkan adalah bilik yang aku dengan Nisa gunakan selama ni. Inilah namanya buat kerja dua kali. Baru je aku pindahkan beg aku tadi. Silap aku juga, kan lagi senang aku ajak Aiman duduk bilik belakang tu awal-awal tadi. Bukannya tak tahu Khairul nak balik.

“Alah, Nisa... sabarlah. Perkara kecil je tu. Dia kan ahli keluarga baru. Baru nak belajar sesuaikan diri. Jomlah! Tolong Kak Ngah pindahkan barang. Bukan banyak mana pun. Jom! Abang, Hanis masuk sekejap ye...” aku menarik lengan Nisa, mengajak dia mengikut sekali ke dalam rumah. Tidak sampai sepuluh minit, bilik sudah kembali kemas seperti asal.

“Hanis... cadar yang dah basuh ada dekat mana?” soal Nik sewaktu aku mengangkat beg Aiman ke bilik belakang. Dia sekadar menjadi pemerhati sejak aku mengeluarkan beg baju aku dan Aiman.

“Ada dalam almari. Sekejap aku tengokkan, ya?” tenang aku membalas.

“Cadar tu baru je tukar! Tak payah nak tukar-tukar lagi. Membazir air dengan sabun je nak basuh banyak kali!” kata Nisa pedas.

Aku mengangkat muka. Tajam mata aku merenung Nisa. Kenapa dia ni? Geram pula bila dia cakap kurang ajar macam tu. Sebaik saja aku keluar daripada bilik, Nik terus menutup pintu. Aku dapat rasa mood Nik yang tak berapa nak elok malam ni. Patutlah masa sampai tadi masam je muka dia. Senyum pun nak tak nak aje.

“Kenapa mulut tu? Elok sangatlah cakap macam tu!” tegur aku bila kami sudah melangkah masuk ke dalam bilik belakang.

“Kak ngah tak tahu apa yang dia cakap tadi! Membara je hati ni dengar tau!” Nisa meluahkan rasa tak puas hati dia.

“Tak kisahlah apa pun yang dia cakap, Nisa. Kalau dia sakitkan hati kita, tak guna kita sakitkan hati dia. Kita rasa puas hati? Sekejap je rasa tu. Lepas tu rasa menyesal. Kesannya, sampai ke mati hubungan kita antara keluarga renggang tahu? Kalau kita pun ikut sama emosi kita, tak ada bezanya kita dengan dia. Kalau orang tak tahu nak berbudi bahasa, kita kena tunjukkan caranya.”

“Lagipun, memang sepatutnya dia yang duduk bilik tu. Akak yang sepatutnya awal-awal ajak abang Aiman duduk bilik ni. Apa isunya?”

“Mana boleh macam tu! First come first serve lah!” marah Nisa.

“Ini bukannya kedai, Nisa...” tegurku.

Nisa tidak menjawab. Punggungnya di henyak ke atas tilam. Aku meraup muka dengan tapak tangan. Alahai, apalah yang berlaku sampai macam ni sekali marah dia? Setahu aku Nisa ni bukannya jenis banyak masalah. Ok je kalau dengan semua orang. Adalah yang tak kena yang dia marahkan sangat ni. Aduh! Belum pun sampai setahun hidup berkeluarga, dah macam-macam hal!

***

Antara konflik yang dihadapi Hanis. ;)

No comments: