::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

27 January 2016

Bidadari UPDATE!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua!
Saya pasti rakan-rakan yang mengikuti FB/Instagram Karyaseni sudah maklum tentang kelahiran baby saya yang ketiga. Alhamdulillah thumma alhamdulillah... tak ada apa yang mampu saya ungkapkan selain daripada pujian buat Sang Pencipta juga rasa kasih buat sahabat-sahabat pembaca yang tak jemu memberi semangat sama ada di blog mahupun di Facebook Group : Hannah Dhaniyah


Di sebalik tabir Bidadari
Percaya atau tidak, saya mula menulis kisah Hanis ini pada tahun 2011. Idea kedua untuk manuskrip selepas Suami Aku Ustaz. Pada masa itu, sedang sibuk juga menyiapkan SAU. Tapi... biasalah, Hannah Dhaniyah penuh dengan pelbagai cerita di dalam kotak fikiran dia. Hehe. Tajuk asal kisah ini bukanlah Bidadari, sebaliknya saya menggunakan tajuk Kerna Kamu sebelum saya mengambil keputusan untuk menukar kepada Bidadari. Sempat saya hantarkan beberapa post Kerna Kamu di Penulisan2u sebelum kisah ini terbengkalai dalam jangka masa yang agak lama.
Terhenti pada hujung 2011, saya kembali menyambung Bidadari hujung tahun 2013 dan mula mengemaskini blog saya dengan kisah ini secara berkala. Namun pertengahan 2014, sekali lagi saya diuji untuk menulis kisah ini kerana masalah writer’s block dan kurang motivasi. Hah... bukan senang nak menulis tau! Untuk melakarkan kisah Hanis, saya kena lebih menyelami watak Hanis dengan seluruhnya. Masa itu, mood dan jiwa saya terfokus kisah Adlina Hani. Sebab itu Bidadari kembali tergantung.
Saya kembali bermotivasi untuk menyiapkan manuskrip Bidadari apabila seseorang memberikan semangat dan komen yang positif tentang Bidadari kepada saya. Kalau tak kerana dia, saya yakin Bidadari akan menjadi projek gajah putih. Hihi. Awal tahun 2015, barulah saya berjaya meletakkan perkataan TAMAT selepas hampir 4 tahun Bidadari terbengkalai. Alhamdulillah, Februari 2016 diterbitkan oleh penerbit yang sama dengan SAU dan OPM iaitu, Karyaseni.
Kalau ada yang rasa saya menulis dengan pantas, bacalah disebalik tabir ni. Walaupun Bidadari terbit kurang setahun umur OMP dilahirkan, Bidadari telah ditulis 3 tahun lebih awal daripada itu. Alhamdulillah, atas izin Allah, dapat juga Bidadari diterbitkan dalam bentuk cetak. ^_^
Akhir kata, jangan lupa dapatkan Bidadari di kedai-kedai buku berdekatan dengan anda, ya! Kalau suka, beritahu rakan... kalau tak suka, beritahu saya. ;)

Ps: Saya akan menghadiahkan 3 buah novel Bidadari secara percuma. Caranya? Ikuti profil Facebook Hannah Dhaniyah ataupun group Facebook Hannah Dhaniyah. ;)

No comments: