Kasih Suci 13
“Kak Win...” panggilku sewaktu menziarahi Kak Win yang
masih di dalam pantang. Kak Win nampak cergas dan ceria. Sebuah senyuman manis
dia hadiahkan buat aku yang baru tiba.
“Lama betul tak jumpa Ila. Ini baru nak datang ya? Farouq
dah rindu kat Auntie Ila dia ni...” ujar Kak Win.
Aku tersengih. Farouq yang sedang tidur aku usik-usik.
Bergerak-gerak bebola matanya kerana di ganggu walaupun mata itu terpejam
rapat.