::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 August 2015

Mininovel: Kasih Suci 12



Kasih Suci 12
Aku masih terkebil-kebil di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul empat pagi. Gila! Sejak pulang dari rumah Thaqif tadi , aku langsung tak boleh lena. Masih terngiang-ngiang ayat-ayat yang diucapkan Thaqif malam tadi.
“Tapi abang sedar perasaan abang ni salah. Abang tak sepatutnya membiarkan diri abang jatuh cinta pada Suhaila. Jadi sebab itu abang ambil keputusan untuk jauhkan diri terus. Walaupun Irfan terpaksa berpisah dengan nenek dia.”

Kata-kata Thaqif menjerut perasaan aku. Aku serba salah. Status sebagai tunangan mengikat diri aku. Kalau ditanya pada hati, siapa Thaqif di hati aku, pasti hati aku turut keliru hendak memberikan jawapan. Apa yang pasti, aku selesa bila bersama dia.
“Anggap apa yang abang katakan malam ni tak berlaku Suhaila. Maafkan abang. Suhaila pergilah balik. Terima kasih sebab bantu abang tadi...” itu kata-kata terakhir Thaqif sebelum dia masuk ke dalam rumah.
Aku menghela nafas perlahan. Tidak dapat lena, aku bangun dah mengambil wudhuk. Al-quran yang sudah lama menjadi perhiasan di atas meja aku capai. Lama tidak membaca ayat-ayat cinta daripada yang Maha Esa. Mudah-mudahan dengan membaca Al-Quran dapat menenangkan perasaan aku yang rawan ini.
            ***
            Confession daripada Thaqif dan tiada balasan daripada Izzat untuk mesej yang aku hantarkan padanya dua minggu lepas. menyebabkan semangat untuk menyiapkan persiapan perkahwinan pun melayang. Minggu lepas aku pulang ke kampung. Mak beberapa kali bising kerana aku tidak memberi jawapan untuk beberapa perkara yang perlu dibuat keputusan. Lin cuba juga mengorek rahsia daripada aku tentang apa yang membuatkan aku begitu, namun aku hanya memberikan jawapan ‘tak ada apa.’ Betullah perempuan ni, kalau dia kata ‘tak ada apa’ sebenarnya penuh dengan bermacam perkara.
“Suhaila...”
Aku tersentak apabila nama penuh aku dipanggil. Kenapa aku angkat dan wajah bos yang berdiri di sebelah meja aku pandang. Bos aku mamandang aku dengan wajah yang serius. Aku menelan air liur.
“Masuk bilik saya sekejap,” katanya lalu melangkah ke biliknya.
Lambat-lambat aku bangun. Buku catatan dan sebatang pen aku capai sebelum aku ke biliknya.
“Duduk,” kata dia sewaktu aku berdiri di depan mejanya. Aku menurut.
“Awak ada masalah?”
Aku diam dan menggeleng.
“Kalau tak ada, kenapa minggu ni sampai tiga kali awak buat kesalahan yang sama? Ini bukan Suhaila yang saya kenal!” tegas sekali bos aku bersuara. Aku memandang fail yang dia tolakkan ke arah aku.
Aku mengetap bibir. Fail hitam di atas meja aku pandang lama.
Amend balik. Saya nak ada atas meja saya sejam dari sekarang...”
“Saya minta maaf  bos. Saya akan betulkan balik apa yang perlu,” ujarku lalu mengambil fail di atas meja bos. Dengan sopan aku menyusun kembali kerusi seperti asal dan berjalan menuju ke pintu.
“Suhaila... saya marah bersebab. Saya tak nak prestasi kerja awak terganggu kerana masalah peribadi...” nada lelaki itu kembali lembut.
Aku menoleh dan menghadiahkan senyuman buatnya. Kepala aku anggukkan sebagai tanda faham.
“Saya faham. Terima kasih, bos.” Aku menutup pintu biliknya lembut dan kembali ke tempat kerja. Fail aku letakkan di atas meja. Aku menarik nafas dalam dan melepaskan perlahan-lahan. Membayangkan perasaan aku yang celaru ini turut pergi bersama helaan nafas itu.
Bunyi notification daripada Facebook memberitahu ada sebuah mesej baru membuatkan semangat yang hilang datang kembali. Cepat-cepat aku mencapai telefon bimbit aku dan membuka aplikasi Messenger. Membaca nama Izzat di situ membuatkan jantung aku semakin laju bekerja.
‘Saya akan balik minggu ni. Kita jumpa dan selesaikan apa yang tergantung.’
Membaca dua baris ayat itu, hati aku menjadi libang-libu.
***
            Seperti biasa, setiap kali Izzat pulang ataupun pergi, pasti aku akan turut bersama-sama Mak Cik Jas dan Pak Cik Yunus menjemput Izzat. Kali ini suasana terasa berbeza sekali bila tiada keletah Irfan yang selalunya mencuit hati. Mak Cik Jas nampak biasa saja. Aku pula yang terlebih rindu. Entah apa khabar Thaqif dan Irfan agaknya.
            Aku menjeling jam di pergelangan. Kalau ikutkan jadual penerbangan, kapal terbang Izzat sudah selamat mendarat. Kali ini kepulangan dia sedikit lama kerana hari Isnin nanti cuti umum. Tidaklah dia berebut untuk pulang pada ahad pagi seperti kepulangan yang lepas.
            Melihatkan skrin monitor memaparkan perkataan ‘LANDED’, aku mengikut Mak Cik Jas melangkah ke arah balai ketibaan. Dengan sabar kami menunggu Izzat. Hampir lima belas minit menunggu, Izzat tiba dengan senyuman di bibir. Riak wajahnya seperti biasa. Riak wajah aku pula yang berubah bila melihat Nabihah berjalan di belakang dia.
            “Nabihah ada. Dia cakap alang-alang ada kawan, itu yang dia balik sekali,” ujar Izzat sewaktu Nabihah bersalam dengan Mak Cik Jas. Macam perempuan Melayu terakhir gayanya. Bagai hendak memikat hati mak mertua!
            “Oh... tak apalah kalau macam tu. Bukannya perjalanan dekat. Sekurang-kurangnya ada kawan yang kita percaya, betul tak Nabihah?” ujar Mak Cik Jas tanpa apa-apa prasangka.
            Aku yang berdiri di sebelah hanya tersenyum tawar sewaktu Izzat menghadiahkan aku dengan sebuah senyuman. Sedarlah Izzat! Aku ni tunang kau! Aku mengeluh perlahan.
            “Kita singgah makan dulu, ayah? Kami dari Sibu tadi tak makan apa-apa. Berebut sikit tadi...” pinta Izzat.
            Pak Cik Yunus mengangguk. “Nak makan mana?”
            “Mana-mana je. Tak kisah. Izzat lapar betul ni. Biha, kau nak ikut sekali?” soalan Izzat membuatkan rasa geram aku bertambah. Tak boleh ke kalau kita makan berempat tanpa Nabihah? Sekali lagi aku mengeluh.
            ***     
            “Saya minta maaflah kalau saya menyakitkan hati awak...”
Perlahan suara Nabihah menyapa telinga aku sewaktu aku masuk bilik air. Entah kenapa, panas saja hati aku bila Izzat dengan selamba mengajak Nabihah untuk makan sekali. Nabihah dengan selamba menerima tawaran Izzat. Sakit hati bila melihat matanya yang bercahaya bila Izzat mengajak tadi. Sekilas aku dah tahu isi hati dia.
            “Tak adalah. Saya okey...” balas aku malas hendak memanjangkan isu kecil ini.
            “Iya? Tapi saya rasa hati awak macam tak okey. Dari airport saya nampak air muka awak daripada senyum melihat Izzat jadi beku bila nampak saya. Macam kertas litmus, daripada biru bertukar jadi merah, awak tahu?”
            Aku diam. Malas hendak menjawab. Tambahan pula, rasa sakit hati tadi masih berbaki. Takut-takut kalau aku termaki pula nanti. Akhirnya aku menutup kepala paip dan bersedia untuk melangkah keluar.
            “Rasanya awak sendiri tahu perasaan saya pada Izzat. Sayangnya, lelaki yang saya cinta tu buta tentang hati dan perasaan. Tiba-tiba saja beritahu dia dah bertunang. Sedangkan selama ni, sepenuh perhatian dia berikan pada saya. Tapi tak apa... selagi dia belum menjadi yang sah untuk awak, saya rasa tak salah untuk saya mencuba nasib. Saya bukan perempuan yang mudah mengalah!”
            Berdesing telinga aku mendengarkan kata-kata Nabihah. Marah dan geram bercampur menjadi satu. Aku menoleh dan memandang Nabihah lama. Perempuan tak sedar diri! Kalau tak kerana iman yang masih berbaki, pasti kesat kata-kata yang aku hamburkan pada Nabihah.
Astaghfirullah al-Azim. Kalau itu berlaku, pasti syaitan bersorak kegembiraan kerana berjaya menyebabkan dua orang wanita Islam bergaduh hanya kerana seorang lelaki. Sudahlah lelaki itu belum menjadi halal lagi buat aku. Aku mengetap bibir, menahan kemarahan. Tak mahu berlama-lama di dalam rumah syaitan ini, aku melangkah keluar tanpa sebarang kata.
***
Pagi-pagi lagi Izzat dah menghantar pesanan menggunakan aplikasi WhatsApp. Memberitahu dia hendak menjemput aku di rumah sewa pukul dua belas tengahari untuk mengajak aku keluar. Tanpa berdolak-dalik, laju aku memberi persetujuan. Baguslah dapat berjumpa dua mata. Lagipun, aku tak nak perkahwinan kami nanti penuh prasangka. Biar segala-galanya jelas hari ini.
“Ila dah lunch ke?”
Aku menggeleng. “Ila ingat Izzat nak ajak keluar lunch sekali. Sebab tu Ila tak makan lagi.”
Izzat mengangguk. “Betullah tu. Memang nak ajak Ila makan pun.”
Diam. Tak tahu apa hendak diceritakan. Perjalanan kami hanya disulami bunyi radio sehinggalah tiba ke restoran.
“Nak makan apa? Kat sini, mi kari dia sedap.”
Aku memandang ke sekeliling. Benar kata Izzat. Hampir ke semua pelanggan yang ada sedang menikmati mi kari. Namun, ia bukanlah makanan kegemaran aku. Aku memandang Izzat dengan senyuman di bibir. Kepala aku gelengkan perlahan.
“Selain mi kari, ada apa lagi? Masakan panas ada?”
“Ada puan. Nasi campur ada. Ayam penyet ada, pecel lele ada...” ujar gadis yang mengambil pesanan.
“Kenapa? Tak suka mi kari ke?” lelaki dihadapan aku bertanya.
“Tak minat sangat...” balasku perlahan. “Bagi saya mi goreng satu ya. Air, air suam.”
Gadis pelayan itu mengangguk dan mencatatkan pesanan di atas ketas. Kemudian, dia meminta diri untuk
            Sorry. Tak tahu awak tak suka mi kari. Kalau Nabihah, memang favourite dia. Kalau saya tahu, tak adalah saya ajak ke sini...”
            Berdesing telinga aku mendengarkan nama itu daripada mulur Izzat. Aku cuba berlagak tenang. Tak guna nak bergaduh pun.
“Tak apa, Izzat. Bukannya mi kari je yang ada kat sini.”
            Izzat mengangguk bersetuju. Kemudian, kami saling berpandangan tanpa sebarang kata. Sedar dengan keadaan yang kekok, ketawa kecil meletus di mulut masing-masing.
            “Tiba-tiba kekok, ya?” soal Izzat dengan senyuman.
            Aku mengangguk. Mana tak kekoknya kalau dalam hati masih berbelah bahagi. Izzat  nampak tenang seperti biasa. Seolah-olah mesej yang aku kirimkan di Facebook tidak memberikan apa-apa kesan kepada dia. Inilah perempuan, kan? Bila ada perkara yang merunsingkan kepala, buat apa pun rasa serba tak kena.
            “Letak tepi dulu segala masalah kita. Kita makan dulu. Lepas tu baru bincang. Boleh?” ujar Izzat tiba-tiba.
Aku memandang dia lama lalu mengangguk. Bagai tahu-tahu saja apa yang bermain di fikiran aku. Suasana kekok perlahan-lahan mula luput bila kami mula bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing. Perbualan hanya terhenti seketika sewaktu pelayan menghantar pesanan kami. Kemudian dia menyambung cerita tentang gelagat anak-anak muridnya. Mendengarkan cerita dan semangat dia mengajar di Sarawak membuatkan aku tersenyum. Nampak benar dia suka dan ikhlas sewaktu menjalankan tugas dia.
“Awak tahu, Abang Thaqif dah ambil Irfan?” soalan Izzat menyebabkan cerita tentang Sarawak tamat dan topik baru dibuka.
Aku mengangguk perlahan. Mi goreng aku sudah pun selamat dimakan. Yang tinggal hanyalah beberapa ekor udang yang aku letakkan ke tepi tadi. Udang yang menjadi rencah mi goreng aku kopek kulitnya menggunakan sudu dengan berhati-hati.
“Mak awak beritahu masa saya ziarah dia minggu Thaqif ambil tu...”
“Awak tahu kenapa dia ambil Irfan?”
Aku mengangkat bahu. “Mak awak cakap, mungkin dia belajar untuk jaga Irfan. Dah ada pengganti arwah Kak Liana agaknya...”
Izzat diam. Sedar mata dia memerhati setiap pergerakan aku menyebabkan aku mengangkat muka dan memandang dia. Udang yang sudah berjaya aku buang kulitnya aku masukkan ke dalam mulut dengan garfu.
“Kenapa?” soalku sebaik saja.
“Awak cintakan saya?”
Erk! Aku tersedak mendengarkan soalan Izzat. Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan begitu? Melihatkan aku yang batuk berkali-kali, Izzat menghulurkan air suam kepada aku. Laju aku mengambil dan meminumnya.
“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”
Izzat senyum. “We are grown up, Ila. Dah matang. Jangan tipu diri sendiri. Apa perasaan awak pada saya? Siapa saya pada diri awak?”
Soalan Izzat tiba-tiba membuatkan aku mengeluh panjang. Kenapa diutarakan soalan ni sedangkan sejak awal lagi aku sudah terima dia seadanya.
“Awak penting bagi saya, Izzat. Saya anggap awak bakal imam saya. Yang akan saya hidup bersama dan jadi kawan saya masa saya lalui hari-hari tua saya nanti.”
Izzat mengangguk. Bibirnya tersenyum nipis.
“Soalan lagi satu awak tak jawab lagi...”
“Apa dia?”
“Awak cintakan saya?”
“Cinta boleh dipupuk lepas kahwin.”
“Ila...”
“Izzat, berterus-terang sajalah. Izzat juga cakap kita dah besar, dah matang. Jangan berdolak-dalik lagi. Jangan berteka-teki!” kata-kata yang dia ucapkan tadi aku hamburkan kembali kepada dia.
Izzat terdiam. Lama dia merenung aku sebelum dia mengalih pandangan ke arah akuarium yang terletak di tepi dinding.
“Izzat rasa, kita terlalu tergesa-gesa ambil keputusan untuk bertunang dulu...”
            Aku tersandar ke kerusi. Nampak sudah ke mana arah perbincangan kami. Apa yang aku takutkan akhirnya berlaku juga.
            “Izzat baru sedar... Izzat cintakan Nabihah.”
            Dan saat itu aku rasa hendak meraung di situ juga.

7 comments:

Anonymous said...

Jangan kata meraung, kalau aku, sepak terajang dah

Unknown said...

buat pa nk meraung bg sedas baru puas hati...

Anonymous said...

aduyai izzat ni..bg penampar buaya je..jgn meraung..geram betul la..

Unknown said...

ek elleh izzat nii. dulu ckp cintakan ila..takpe thaqif ada ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

Hoyeeee...thaqif n ila..end up together

meeka42 said...

Thaqif ada la ila. Blah ja dri izzat tu. Grrrr

Unknown said...

bab 13 n selebihnya mana huaaaaaaaaaaaaaaaaaa.