Oh My Prince 10
Aku masih lagi baring di atas katil
sewaktu jam menunjukkan pukul sebelas. Hujung-hujung minggu macam ni aku paling
malas nak bangun awal. Hairi pun dah faham sangat dengan perangai aku. Jadi,
tak adalah dia sibuk-sibuk hendak mengajak aku keluar pada sebelah pagi.
Tengah aku sedap bergolek, telefon
kedua aku tiba-tiba berbunyi. Terbuka luas mata aku dibuatnya. Aku melompat
turun daripada katil dan berlari dan pantas mendapatkan telefon di atas meja.
Bibir sedikit tersenyum apabila melihatkan nombor rumah yang memanggil.